D.U.I.T - DOA USAHA IKHTIAR TAWAKAL
Asslamualaikum dan salam sejahtera ^-^v*
Kita selalu dengar pasal DUIT. Duit untuk bayar itu ini. Tapi kali ni bukan duit tu ye kawan-kawan. Bukan wang okeyh. DUIT tu Doa,Usaha & Ikhtiar dan berTawakal. Kenapa kita buat semua tu??? Jemput-jemputlah mendalami lebih dalam dan kepada yang belum tau tu semoga dapat mempelajari benda yang baru.
Jom kita baca disebalik "DOA,USAHA,IKHTIAR & TAWAKAL"
Kita memerlukan DOA
Pasti kita perlu doa untuk berjaya di dunia dan akhirat, semua orang di dunia ini mesti berdoa untuk sukses dan jika kita rajin beribadah,pasti doa kita akan dikabulkan Allah SWT.Namun jika doa kita tidak dimakbulkan, mungkin ada hikmah disebaliknya hanya Allah SWT yang mengetahui.
Kita memerlukan USAHA
Setelah berdoa kita perlu usaha. Doa tanpa usaha bagaikan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada Allah SWT. Percayalah walaupun kita berdoa sepanjang hari tanpa berusaha susah doa kita akan terkabul.
Kita memerlukan IKHTIAR
Setelah Usaha kita perlu Ikhtiar. Ikhtiar adalah usaha manusia untuk memenuhi keperluan dalam hidupnya, samada material, spiritual, kesihatan, dan masa depannya agar tujuan hidupnya selamat sejahtera dunia dan akhirat terpenuhi. Jika kita telah berusaha tetapi tidak berjaya kita berikhtiar dengan mencari di mana silapnya usaha kita itu dan mungkin juga cara kita berdoa.
Kita memerlukan TAWAKAL
Setelah kita melakukan yang diatas kita perlu Tawakal. Tawakal adalah pasrah kepada Qada dan Qadar Allah SWT. Jangan berputus asa jika kita belum ditakdirkan mendapat apa yang kita citakan.
“Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang”
(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).
#sharing is caring :)
No comments:
Post a Comment